JAMBATAN TUA KOTA MOSTAR – KEBANGKITAN SEMULA DARI KEMUSNAHAN
Artikel ini merupakan nukilan saya yang pernah disiarkan oleh laman The Patriots di bawah kendalian rakan-rakan saya pada 26 Mei 2017 lalu. Jambatan Kota Mostar atau lebih dikenali dengan nama bahasa Bosnia-nya iaitu, Stari Most adalah sebuah jambatan lama yang dibina pada pertengahan kurun ke-16 ketika Bosnia Herzegovina masih lagi dibawah jajahan empayar Uthmaniah. Dibina merentasi lembah sungai Neretva, ianya merupakan penghubung kota Mostar iaitu sebuah bandar kelima terbesar di negara bekas Persekutuan Yugoslavia itu. Selama lebih 427 tahun lamanya berdiri, jambatan lama tersebut mengekalkan fungsinya sebagai penghubung di antara dua bahagian bandar tersebut sehinggalah ianya musnah ketika berlakunya perang di antara etnik Croat dan Bosniak pada tahun 1993 selepas kejatuhan Persekutuan Yugoslavia. Dibina pada tahun 1566 oleh Mimar Hayruddin (seorang anak murid arkitek ternama Mimar Sinan), jambatan ini mengambil masa selama hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pembina...